Search This Blog

Monday 12 September 2011

Berilmu Untuk Beribadah

Ape tujuan mencari ilmu bagi kita sebagai mahasiswa yang bertuhankan yang maha esa??






Dalam satu bualan antara rakan......


“Untuk apa awak belajar kejuruteraan ni?”
“Sebab saya nak jadi engineer.”
“Untuk apa nak jadi engineer? Allah suruh?”
“Em,kita consider sebagai fardhu kifayah. Kiranya,kalau takda orang buat,benda ni berdosa.”
“Tapi dia(kawan yang duduk di sebelah) pun belajar engineer gak,dia pun jadi engineer,so awak takyah belajar la.”
“Eh,tak camtu..”
“Kalau bukan camtu,camna?”
“Kalau saya tak belajar,camna saya nak cari rezeki?”
“Bukan ke rezeki Allah dah tetapkan?”
“Memang tapi kita kena usaha,kalau tak,takkan rezeki tu datang sendiri,kan?”
“Em,ada ayat Quran atau hadis yang suruh kita cari rezeki?”
Perbincangan tentang rezeki pun bermula,panjang lebar dan saya yakin,dengan penulisan saya,saya takkan dapat menyampaikan erti ‘rezeki sudah ditetapkan’ kepada anda. Dan orang di atas bukanlah saya,saya hanya pendengar atau orang ketiga di dalam perbincangan di atas, jadi saya tidak ingin sentuh bab rezeki.
Cuma untuk apa kita belajar? Untuk apa kita bersengkang mata malam-malam menghafal perkataan-perkataan teknikal, untuk apa kita hafal anggota tubuh badan manusia atau untuk apa kita kira buku akaun yang tebal?
Hanya untuk peperiksaan? Dan sebab untuk lulus peperiksaan untuk berkerja? Sebab apa perlu berkerja,sebab nak hidup. Kesimpulannya,kita bersengkang mata malam-malam adalah untuk hidup senang di hari tua.
Tapi sedarkah kita,hidup kita hanyalah untuk Allah. Anggota badan;Tangan,kaki,mata,akal yang bijak,semua itu pinjaman oleh Allah dan Allah memberi kita pinjam semua itu bersebab iaitu;
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.[51:56]
Itulah sebab utama kita diturunkan di atas muka bumi ini. Bukan untuk diri kita sendiri atau untuk anak-anak kita.  Belajarnya kita malam-malam itu seharusnya kerana Allah,bukan kerana masa depan kita. Supaya hal ini lebih jelas, ayuh kita teliti balik sejarah ilmuan-ilmuan islam dahulu kenapa mereka menuntut ilmu.
Di zaman Bani Abasiyyah contohnya,para ulama’ bukanlah menuntut imu suka-suka. Saya suka perubatan,lalu saya belajar medikal. Bukan sebegitu. Tetapi tergeraknya mereka untuk belajar perubatan adalah kerana untuk membantu manusia lain beribadah kepada Allah. Contohnya,si A sakit,untuk membantu si A beribadah kepada Allah,lalu si B pun belajar ilmu perubatan.
Contohnya lagi dalam perluasan wilayah. Untuk menyebarkan Islam ke serata dunia,umat Islam harus menyeberangi satu laut. Lalu si A mengambil inisiatif untuk belajar ilmu marin untuk membina kapal dan kelengkapan umat Islam yang ingin menyebarkan Islam. Dan ketika berlayar,mereka tidak tahu macamana tentukan waktu solat,jadi salah seorang ambil inisiatif untuk belajar ilmu falak,jadi mereka tahu bila waktu solat masuk.
Kalau kita perhatikan balik zaman kegemilangan Islam,berilmunya mereka bukan kerana dunia tetapi kerana ingin membesarkan Allah Taala. Ilmuan Islam ketika itu bukan mahir dalam satu bab sahaja,Ibnu Sina contohnya,walaupun popular dengan ilmu perubatan,dia juga seorang ahli falak. Al-Khawarizi yang terkenal dengan angka kosong,dia juga seorang pakar dalam sastera.
Disebabkan Allah,mereka berilmu dan ilmu mereka bukan ‘sentuh permukaan’ sahaja,ilmu mereka dalam dan hebat. Masakan tidak hebat kalau sampai sekarang Qanun Fi Tib karangan Ibnu Sina masih dijadikan rujukan,angka kosong Al-Khawarizmi diguna secara total dalam ilmu pengkomputeran.
Namun masa terus berlalu,daripada ulama’-ulama’ yang terhasil dengan niat untuk membesarkan Allah,lahirlah ulama’- ulama’ yang seperti kita,yang belajar untuk hidup,belajar kerana kebosanan dan untuk menarik perhatian. Tahukah anda tali keenam sesebuah gitar direka oleh ulama’ Islam?
Umat Islam semakin leka dan akhirnya,Allah menghantar peringatan kepada kita dengan kalahnya Bani Abasiyyah dengan tentera Mongolia. Adakah kerana kita tidak berilmu? Tidak,kita berilmu. Adakah kerana kita tak ramai tentera? Tak,kita ramai tentera. Tapi kita kurang tentera yang hidup matinya hanya untuk Allah.
Begitulah yang diinginkan,belajar perubatan,kejuruteraan dan apa-apa sahaja,bukan kerana untuk mencari sesuap nasi di hari tua tetapi belajarnya kita hanya untuk membesarkan Allah. Kita belajar perubatan supaya sesiapa yang sakit dapat dirawat dan sama-sama dapat solat berjemaah. Kita belajar kejuruteraan untuk reka alat-alat yang mampu membantu manusia dalam mengagungkan Allah,itulah manusia-manusia yang mampu mengangkat kembali Islam ke puncak dunia.
Ayuh,betulkan niat kita. Walau apa yang kita buat sekarang,buatlah kerana Allah. Bulatkan niat kita untuk membesarkan Allah kerana itulah yang selayaknya kita buat. Mahukah kita buat satu robot dengan susah payahdibuat untuk tolong kita tetapi bergerak sendiri dan pergi tolong orang lain,bila ditanya kenapa,robot itu jawab sebab tuan baru bagi minyak lagi banyak padahal kita sudah janji dengan robot itu kita akan beri dia minyak.

No comments:

Post a Comment