Search This Blog

Monday 12 September 2011

Berilmu Untuk Beribadah

Ape tujuan mencari ilmu bagi kita sebagai mahasiswa yang bertuhankan yang maha esa??






Dalam satu bualan antara rakan......


“Untuk apa awak belajar kejuruteraan ni?”
“Sebab saya nak jadi engineer.”
“Untuk apa nak jadi engineer? Allah suruh?”
“Em,kita consider sebagai fardhu kifayah. Kiranya,kalau takda orang buat,benda ni berdosa.”
“Tapi dia(kawan yang duduk di sebelah) pun belajar engineer gak,dia pun jadi engineer,so awak takyah belajar la.”
“Eh,tak camtu..”
“Kalau bukan camtu,camna?”
“Kalau saya tak belajar,camna saya nak cari rezeki?”
“Bukan ke rezeki Allah dah tetapkan?”
“Memang tapi kita kena usaha,kalau tak,takkan rezeki tu datang sendiri,kan?”
“Em,ada ayat Quran atau hadis yang suruh kita cari rezeki?”
Perbincangan tentang rezeki pun bermula,panjang lebar dan saya yakin,dengan penulisan saya,saya takkan dapat menyampaikan erti ‘rezeki sudah ditetapkan’ kepada anda. Dan orang di atas bukanlah saya,saya hanya pendengar atau orang ketiga di dalam perbincangan di atas, jadi saya tidak ingin sentuh bab rezeki.
Cuma untuk apa kita belajar? Untuk apa kita bersengkang mata malam-malam menghafal perkataan-perkataan teknikal, untuk apa kita hafal anggota tubuh badan manusia atau untuk apa kita kira buku akaun yang tebal?
Hanya untuk peperiksaan? Dan sebab untuk lulus peperiksaan untuk berkerja? Sebab apa perlu berkerja,sebab nak hidup. Kesimpulannya,kita bersengkang mata malam-malam adalah untuk hidup senang di hari tua.
Tapi sedarkah kita,hidup kita hanyalah untuk Allah. Anggota badan;Tangan,kaki,mata,akal yang bijak,semua itu pinjaman oleh Allah dan Allah memberi kita pinjam semua itu bersebab iaitu;
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.[51:56]
Itulah sebab utama kita diturunkan di atas muka bumi ini. Bukan untuk diri kita sendiri atau untuk anak-anak kita.  Belajarnya kita malam-malam itu seharusnya kerana Allah,bukan kerana masa depan kita. Supaya hal ini lebih jelas, ayuh kita teliti balik sejarah ilmuan-ilmuan islam dahulu kenapa mereka menuntut ilmu.
Di zaman Bani Abasiyyah contohnya,para ulama’ bukanlah menuntut imu suka-suka. Saya suka perubatan,lalu saya belajar medikal. Bukan sebegitu. Tetapi tergeraknya mereka untuk belajar perubatan adalah kerana untuk membantu manusia lain beribadah kepada Allah. Contohnya,si A sakit,untuk membantu si A beribadah kepada Allah,lalu si B pun belajar ilmu perubatan.
Contohnya lagi dalam perluasan wilayah. Untuk menyebarkan Islam ke serata dunia,umat Islam harus menyeberangi satu laut. Lalu si A mengambil inisiatif untuk belajar ilmu marin untuk membina kapal dan kelengkapan umat Islam yang ingin menyebarkan Islam. Dan ketika berlayar,mereka tidak tahu macamana tentukan waktu solat,jadi salah seorang ambil inisiatif untuk belajar ilmu falak,jadi mereka tahu bila waktu solat masuk.
Kalau kita perhatikan balik zaman kegemilangan Islam,berilmunya mereka bukan kerana dunia tetapi kerana ingin membesarkan Allah Taala. Ilmuan Islam ketika itu bukan mahir dalam satu bab sahaja,Ibnu Sina contohnya,walaupun popular dengan ilmu perubatan,dia juga seorang ahli falak. Al-Khawarizi yang terkenal dengan angka kosong,dia juga seorang pakar dalam sastera.
Disebabkan Allah,mereka berilmu dan ilmu mereka bukan ‘sentuh permukaan’ sahaja,ilmu mereka dalam dan hebat. Masakan tidak hebat kalau sampai sekarang Qanun Fi Tib karangan Ibnu Sina masih dijadikan rujukan,angka kosong Al-Khawarizmi diguna secara total dalam ilmu pengkomputeran.
Namun masa terus berlalu,daripada ulama’-ulama’ yang terhasil dengan niat untuk membesarkan Allah,lahirlah ulama’- ulama’ yang seperti kita,yang belajar untuk hidup,belajar kerana kebosanan dan untuk menarik perhatian. Tahukah anda tali keenam sesebuah gitar direka oleh ulama’ Islam?
Umat Islam semakin leka dan akhirnya,Allah menghantar peringatan kepada kita dengan kalahnya Bani Abasiyyah dengan tentera Mongolia. Adakah kerana kita tidak berilmu? Tidak,kita berilmu. Adakah kerana kita tak ramai tentera? Tak,kita ramai tentera. Tapi kita kurang tentera yang hidup matinya hanya untuk Allah.
Begitulah yang diinginkan,belajar perubatan,kejuruteraan dan apa-apa sahaja,bukan kerana untuk mencari sesuap nasi di hari tua tetapi belajarnya kita hanya untuk membesarkan Allah. Kita belajar perubatan supaya sesiapa yang sakit dapat dirawat dan sama-sama dapat solat berjemaah. Kita belajar kejuruteraan untuk reka alat-alat yang mampu membantu manusia dalam mengagungkan Allah,itulah manusia-manusia yang mampu mengangkat kembali Islam ke puncak dunia.
Ayuh,betulkan niat kita. Walau apa yang kita buat sekarang,buatlah kerana Allah. Bulatkan niat kita untuk membesarkan Allah kerana itulah yang selayaknya kita buat. Mahukah kita buat satu robot dengan susah payahdibuat untuk tolong kita tetapi bergerak sendiri dan pergi tolong orang lain,bila ditanya kenapa,robot itu jawab sebab tuan baru bagi minyak lagi banyak padahal kita sudah janji dengan robot itu kita akan beri dia minyak.

Mencari Ilmu Pengetahuan


Mencari ilmu itu penting bagi kita sebagai mahasiswa.



Mencari ilmu pengetahuan adalah sebahagian daripada iman. Agama Islam memerintahkan kepada umatnya untuk mencari ilmu pengetahuan, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mempelajari ilmu satu bahagian saja, ia mengambil manfaat dari ilmu tersebut untuk kepentingan dunia dan akhirat, itu lebih baik baginya daripada berusia 7000 tahun, berpuasa siang harinya dan solat pada malamnya (sunnah) itu diterima tanpa ditolak.” (Riwayat Abdullah bin Mas’ud)
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Belajarlah kamu tentang ilmu, kerana mempelajari ilmu semata-mata hanya Allah itu merupakan amal kebajikan, dan menelaah suatu ilmu (sama pahalanya) dengan membaca tasbih, mengadakan pembahasan terhadap suatu ilmu merupakan jihad, mencari ilmu itu ibadah, mengajarkan ilmu termasuk sedekah; menyerahkan ilmu kepada ahlinya merupakan pendekatan kepada Allah, memikirkan suatu ilmu (sama pahalanya) dengan melaksanakan ibadah puasa, dan bermudzakarah tentang ilmu itu (sama pahalanya) dengan melaksanakan solat malam.” (Riwayat Abu Syaikh dan Ibnu Abdil Bar)
Memiliki ilmu pengetahuan bagi segenap umat Islam sangat penting sekali, walaupun harus pergi ke negeri orang, oleh kerana itu segala risiko dan kesulitan dalam mencari ilmu harus dihadapi dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Satu bab ilmu yang dipelajari seseorang itu lebih baik baginya daripada dunia dan isinya”. (HR. Ibnu Hibban)
“Carilah ilmu walaupun di negeri China.” (Riwayat Baihaqi dan Anas)
“Carilah ilmu walaupun antara kamu dengan ilmu tersebut terbentang lautan api.”
“Carilah ilmu (dimulai) sejak dari buaian sampai ke liang lahad.”

Kebaikkan Ketawa


Kebaikkan ketawa untuk kita sebagai mahasiswa yang banyak mengalami stress dan juga pra-penyakit obesiti yang baik untuk kita.

1. Mengurangkan Stres
Meningkatnya stres akan menurunkan sistem kekebalan tubuh. Selama musim pancaroba, kita semua tahu kerugian yang akan kita dapati jika memiliki sistem kekebalan tubuh yang rendah. Mungkin itulah sebabnya saya tampaknya lebih tertarik pada hal-hal yang dapat membuat saya tertawa di musim pancaroba dan juga di musim hujan. Tertawa meningkatkan jumlah antibody di dalam tubuh yang dapat membantu melawan jangkitan dan juga meningkatkan jumlah sel-sel kekebalan.

2. Dapat Menjadi Sukan Ringan
Tertawa dapat meningkatkan detak jantung anda, tahap tekanan darah meningkat, otot-otot wajah meregang, dan lebih banyak oksigen dihantar ke rangkaian dalam tubuh.Saya selalu berasa lebih baik setelah ketawa. Sebuah kajian yang dilakukan, salah satu hasilnya mendedahkan ketawa seminit sama halnya dengan 10 minit mendayung mesin.Kerana saya selalu dikejar waktu dan tidak mempunyai mesin dayung, ketawa setelah satu minit sepertinya dapat menjadi latihan yang baik bagi saya.

3. Membakar Kalori
Sebuah penelitian dilakukan untuk mengukur jumlah kalori yang terbakar saat seseorang tertawa. Tentu saja, tawa yang ditahan tidak masuk dalam hitungan. Penelitian ini dilakukan pada tawa yang tertumpu, sehingga anda harus mencari cara untuk dapat terus tertawa selama 10 hingga 15 minit. Selama waktu itu, anda seharusnya dapat membakar sekitar 50 kalori.

4. Mempertahankan Aliran Darah Muzik
Adakah anda pernah menonton drama atau filem seram dan mendapati diri anda mencengkam sofa mahupun lengan orang di samping anda? Tidak hanya tubuh anda yang merasa tegang dalam situasi ini, tetapi pembuluh darah anda juga demikian. Orang-orang yang diteliti saat menonton komedi mampu mempertahankan aliran darah yang normal sebagai kebalikan dari mereka yang menyaksikan filem-filem yang dramatik.

5. Menurunkan Kadar Gula Darah
Manfaat yang satu ini dapat menjadi berita bagus bagi para pesakit diabetes. Sebuah penelitian dilakukan pada sekelompok kecil orang yang terdiri daripada 19 orang.Penelitian ini termasuk memberi makan para peserta kemudian meminta mereka menghadiri ceramah yang serius tepat setelahnya. Kelompok ini kemudian diberikan makanan yang sama persis keesokan harinya dan diperintahkan untuk menonton komedi. Keputusan yang mengejutkan adalah kadar gula darah turun anggota kumpulan menurun setelah menonton komedi daripada saat mereka mendengar ceramah yang membosankan.

6. Tertawa Membuat Anda Merasa Baik Secara Keseluruhan
Saya tidak pernah merasa lelah setelah tertawa lepas.Adakah anda juga demikian? Saya mendapati bahawa tertawa membuat saya merasa lebih bahagia, lebih hidup dan lebih positif mengenai segala hal. Suami saya sangat hebat dalam membuat saya ketawa, yang saya sadari sangat berguna bagi saya. Hari-hari yang saya jalani sepertinya berjalan dengan lebih lancar ketika saya mempunyai sesuatu yang membuat saya tertawa.

7. Tertawa Dapat Membantu Anda Tidur Lebih Nyenyak Di Malam Hari
Norman Cousin menulis sebuah memoar di mana ia membincangkan pengalamannya sendiri akan manfaat dahsyat dari tawa. Dia telah didiagnosis menderita gangguan tulang belakang yang sangat menyakitkan. Dan ia menemukan dengan menonton siri komedi yang membuatnya tertawa sekurang-kurangnya selama 10 minit membolehkan dirinya untuk tidur selama beberapa jam tanpa rasa sakit.
Orang-orang skeptis percaya bahawa manfaat kesihatan tidak datang dari tertawa itu sendiri melainkan dari persekitaran yang mengelilingi seseorang. Siapa tahu, manfaat kesihatan yang sebenarnya merupakan kombinasi yang sempurna dari keduanya.

Sunday 11 September 2011

Tanda Hati Yang Suci

Hati seseorang yang celik, perasaannya tajam. Kerana tajamnya dia sangat halus perasaannya. Halus perasaannya itu kerana rasa bertuhannya sangat tajam. Rasa bertuhannya dia bawa ke mana-mana. Kerana Tuhannya itu ada di mana-mana tapi bukan di sini, bukan di sana. Hati yang celik, hati yang sentiasa jaga. Tuhan sentiasa di dalam ingatannya. Kalaupun ada lalainya sedikit sahaja. Apabila rasa bertuhannya tajam di dalam hatinya. Dia sentiasa malu membuat dosa. Sangat sensitif dengan kebaikan. Kebesaran Tuhan dapat dirasa setiap masa. Kehebatan-Nya menjadikan kecut dan takut hatinya. Kuasa Tuhan menggerunkannya. Dia sedar kuasa Tuhan tidak ada batasnya. Kerana Tuhan boleh membuat apa sahaja kepadanya bila-bila masa. Hati yang celik terasa dilihat oleh Tuhan di mana sahaja. Pada Tuhan tidak ada apa yang melindungi-Nya. Sentiasa terasa didengar, sentiasa diketahui oleh-Nya di setiap detik dan masa. Hati yang jaga sentiasa khudhuk dan khusyuk kepada Tuhannya. Menjadikan tawadhuk, hingga kebesaran dan kesombongan diri hilang lenyap dibuatnya. Hati yang hidup apabila membuat dosa derita jiwanya. Dia pun menyesal dan bertaubat kepada Tuhannya dengan segera. Hati yang celik sangat tersentuh apabila Tuhan disebut nama-Nya. Gerun hatinya, kecut perutnya. Apabila melihat orang susah rasa simpatinya. Sedih pun tiba, bantuan pun diberi kepadanya. Sangat berkasih sayang sesama manusia. Apatah lagi yang Muslimnya. Hati yang hidup Akhirat sentiasa di dalam ingatannya. Dia susah hati bagaimana nasibnya di sana. Apakah dia ke Syurga atau ke Neraka. Menjadikan hatinya hilang rasa cintakan dunia. Kerana itulah dia pun mengorbankan harta. dan kesenangannya untuk Tuhannya. Begitulah sifat hati yang hidup atau yang jaga. Apakah hati kita jaga atau buta? Jawapannya ada pada kita.